Setiausaha Syarikat

Firma kami akan membantu dan menasihat segala peruntukan undang-undang semasa serta keperluan pihak berkuasa semasa penubuhan mahupun selepas penubuhan.

 

PEMATUHAN PENUBUHAN SYARIKAT
Adalah menjadi tanggungjawab syarikat dan para Pengarah untuk mematuhi segala keperluan dan kehendak Akta Syarikat 2016 dan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang merangkumi :

  • Penyata Kewangan Beraudit
  • Mesyuarat Agung Tahunan
  • Penyata Tahunan
  • Percukaian

 

PENUTUPAN SYARIKAT

Firma kami juga menawarkan perkhidmatan untuk penamatan operasi sesuatu syarikat. Penggulungan atau penutupan syarikat adalah proses di mana semua aset syarikat dijual dan digunakan untuk menyelesaikan semua hutang-piutang syarikat.

Lebihan daripada pembayaran kos serta perbelanjaan penggulungan tersebut akan diagihkan di antara pemegang-pemegang saham mengikut hak dan kepentingan masing-masing. Bagi Syarikat Sendirian Berhad, proses dan prosedur penggulungan tertakluk di bawah Akta Syarikat, 2016.

Justeru, kewujudan sebuah Syarikat boleh ditamatkan melalui kaedah-kaedah seperti :

  • Pembatalan Nama Syarikat (Seksyen 550)
  • Penggulungan Syarikat

  • Kor perkhidmatan berhubung Setiausaha Syarikat
    1) Penubuhan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    2) Pendaftaran Perniagaan

    3) Pendaftaran dengan Badan-Badan Berkanun

    4) Membantu pelanggan untuk berdaftar dengan badan-badan kerajaan yang berkenaan:

    i. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
    ii.Kementerian Kewangan Malaysia
    iii.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    iv. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

    5) Penubuhan dan pembentukan syarikat persendirian, perkongsian dan lain-lain bentuk perniagaan dengan Pendaftar Perniagaan

    6) Perkhidmatan Setiausaha Syarikat

    7) Bertindak sebagai Setiausaha Syarikat untuk syarikat yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat,1965

    8) Carian Syarikat

    9) Carian maklumat syarikat di SSM, termasuk mencari nama dan membantu mendapatkan butir-butir syarikat

    10) Perundingan Perniagaan dan Financial Consultant

    11) Latihan dan Seminar