Mengenai Kami

Kami Komited Dalam Kualiti Kerja

Sejak tahun 2018, Rafidah & Co telah membantu para usahawan dari seluruh Malaysia dalam mengurus kewangan perniagaan dalam pelbagai industri. Team terlatih kami akan bantu anda dalam menghasilkan laporan kewangan yang prolifik mengikut kepakaran masing-masing seperti akaun, cukai dan pendaftaran syarikat.
  • Kebolehpercayaan
  • Ketelusan
  • Perkhidmatan Terbaik
  • Harga

Jaminan 100%

Masalah Klien,
Masalah Kami

Professional, Itulah Rafidah & Co !
  • Maklumat Syarikat
    RAFIDAH & CO merupakan sebuah firma perakaunan yang menawarkan perkhidmatan professional untuk pelbagai entiti perniagaan. Secara khususnya segala bentuk laporan yang disediakan merupakan satu kertas professional yang mematuhi tatacara dan etika yang perlu dipatuhi oleh setiap akauntan bertauliah. Firma kami beroperasi dengan kepakaran yang tinggi dan berpengalaman yang luas dalam bidang ini untuk membantu pelanggan berkaitan dengan pengurusan dan >nasihat kewangan, merekod akaun, menyediakan pulangan cukai pendapatan, menyediakan penyata kewangan, rancangan perniagaan, nasihat percukaian, analisis penanda aras, kepatuhan pengurusan dan khidmat perniagaan kepada pelanggan.

    Membantu pelanggan di setiap peringkat progres mereka secara tidak langsung membantu kami membina jalinan yang baik sesama mereka. Adalah menjadi kebanggaan firma untuk menyediakan satu platform yang memudahkan pelanggan berkaitan dengan bidang ini dengan kepuasan yang maksima.
  • Profil Penaung
    Pengasas firma Rafidah & Co, Puan Rafidah binti Mohd Bajuri adalah seorang professional perakaunan dan merupakan Akauntan bertauliah di Malaysia. Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang perakaunan, percukaian, audit, kewangan korporat dan penasihat pelbagai entiti perniagaan.

    Puan Rafidah merupakan graduan perakaunan Universiti Putra Malaysia dan mula berkecimpung di dalam industri pada tahun 2007. Setelah memperoleh cukup pengalaman di firma-firma audit tersohor di Malaysia, beliau dianugerahkan status Akauntan Bertauliah pada tahun 2019. Pengalaman dan pendedahan kepada industri pelbagai bidang merupakan asset utama yang dimiliki oleh beliau dalam menangani tugasan professional seharian.
  • Latar Belakang
    Rafidah & Co adalah sebuah firma akauntan bertauliah yang berdaftar dan adalah ahli kepada institusi professional, Malaysian Institute of Accountants (MIA).

    Sejak penubuhan Rafidah & Co, segala urusan utama firma beroperasi di Ibu Pejabat Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Firma berhasrat untuk terus berkembang dan berdaya saing dengan menawarkan perkhidmatan professional dengan pematuhan peruntukan undang-undang Negara tanpa kompromi kepada pelanggan-pelanggan berpotensi di masa-masa akan datang.

    Firma sentiasa memperluaskan rangkaian perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan untuk menangani keperluan khusus pelanggan. Ianya juga komited untuk memberi sumbangan positif kepada semua jenis perniagaan melalui perkhidmatan terbaik, cekap dan telus.
  • Misi Syarikat
    Pengembangan pangkalan data pelanggan baharu dan penambahbaikan perkhidmatan sediada secara berterusan bagi kepuasan kedua-dua pihak
  • Visi Syarikat
    Penyampaian perkhidmatan secara professional seiring pematuhan tatacara dan peruntukan undang-undang Negara tanpa kompromi.

Team Kami

Fida Mohd Bajuri

Founder / Chartered Accountant

Aizat

Financial Advisor

Raihan Rashid

Account Manager

Siti Fairus

Tax Executive

Fija Kamaruzaman

Marketing Executive

Nur Fazreena

Human Resource

Nur Hazirah

Account Executive

Fatin Syazwani

Account Executive

Arieff Nazlee

Account Executive

Izzat Hazriq

Account Executive

Siti Nur Hafizah

Tax Executive

Norsuzilawati Safie

Administration

Muhammad Adilaiz

Content Creator

Perkhidmatan

Pengurusan Akaun Perniagaan

Menyediakan perkhidmatan perakaunan berkomputer dengan kakitangan yang terlatih

Pendaftaran Syarikat

Team kami pasti dapat membantu anda dengan mendaftar dan menubuh syarikat baru dengan nama syarikat yang diingini dalam masa 10 hari.

Pendaftaran MOF & Bumiputera status

Setiap bisnes yang ingin berurusniaga dengan jabatan kerajaan perlu terlebih dahulu berdaftar dengan MOF

Senarai Penuh Perkhidmatan