Landskap kewangan yang berubah dan keperluan pengguna semakin meningkat seiring dengan perkembangan dunia memerlukan standard yang lebih tinggi bagi perkhidmatan kewangan sesuatu syarikat.
Penasihat kewangan terdiri daripada individu daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman profesional seperti ekonomi, perbankan, kewangan, perakaunan dan undang-undang. Berdasarkan pengalaman mereka yang luas, sesuatu syarikat digalakkan membawa bersama mereka pengetahuan, kepakaran dan perspektif yang berharga untuk mencapai objektif dan visi syarikat yang diterajui.
Seorang perunding kewangan syarikat bukan saja memberi khidmat perundingan khusus berhubung wang ringgit tetapi lebih daripada itu supaya kita mempunyai perlindungan pendapatan mencukupi sebagai persediaan menghadapi musibah, malah mencakupi portfolio kewangan yang lain.
Tugas Utama Perunding Kewangan
- Menyemak dan menasihati semua perkara yang berkaitan dengan strategi dan polisi termasuk objektif, pelan perniagaan strategik dan polisi operasi utama syarikat, serta memantau prestasi pihak Pengurusan dalam pelaksanaannya berdasarkan Penunjuk.
- Prestasi Utama (“KPI”) yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah syarikat.
- Menyemak kecukupan dan integriti sistem laporan kewangan dan perakaunan dan memastikan terdapat kawalan yang sewajarnya.
- Menasihati pelan modal sebagai sebahagian daripada amalan belanjawan dan apa-apa peningkatan modal yang ketara dan aktiviti pembayaran balik, dan menyemak laporan tentang kecukupan modal.
- Menyemak dan menasihati polisi pengurusan risiko dan memastikan bahawa syarikat mewujudkan kawalan dalaman dan infrastruktur yang mencukupi.
- Menilai keberkesanan pihak Pengurusan dalam menguruskan risiko Bank.