PENDAFTARAN MOF & BUMIPUTERA STATUS

Setiap bisnes yang ingin berurusniaga dengan jabatan kerajaan perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia – Ministry of Finance (MOF).

Dengan itu mereka akan dapat bekalkan produk/servis yang dijalankan kepada jabatan kerajaan.

Ia merupakan syarat utama bagi semua entiti perniagaan termasuk perniagaan milikan tunggal, perkongsian, private limited company (PLT), Sendirian Berhad, Berhad, koperasi, persatuan, pertubuhan & juga firma perunding.

Pendaftaran baru Kementerian Kewangan Malaysia juga selalunya disebut sebagai daftar lesen kewangan, daftar kewangan, daftar MOF & daftar Eperolehan. Semuanya merujuk kepada perkara yang sama. Pendaftaran ini khas untuk perniagaan/syarikat yang masih belum berdaftar ATAU yang telah berdaftar dengan MOF tetapi telah tamat tempoh melebihi 1 tahun.

 

Dokumen-dokumen asas yang diperlukan bagi perniagaan/enterprise (ROB):


1. Daftar SSM (3 helai maklumat – salinan sijil, jenis perniagaan & pemilik)

2. Salinan penyata bank syarikat yang telah disahkan oleh pihak bank (perlu cop sahaja pada salinan)

3. Tenancy agreement jika premis perniagaan disewa (kalau tiada, kami akan uruskan) beserta resit bayaran sewa.

4. Jika premis milik sendiri, sila berikan salinan geran / SMP atau bukti pemilikan.

5. Salinan IC kesemua pemilik dan maklumat pekerja (sekurang-kurangnya seorang – sesiapa sahaja)

6. KWSP jika ada (wajib bagi permohonan pembaharuan)