RAFIDAH & CO merupakan sebuah firma perakaunan yang menawarkan perkhidmatan professional untuk pelbagai entiti perniagaan. Secara khususnya segala bentuk laporan yang disediakan merupakan satu kertas professional yang mematuhi tatacara dan etika yang perlu dipatuhi oleh setiap akauntan bertauliah.
Firma kami beroperasi dengan kepakaran yang tinggi dan berpengalaman yang luas dalam bidang ini untuk membantu pelanggan berkaitan dengan pengurusan dan >nasihat kewangan, merekod akaun, menyediakan pulangan cukai pendapatan, menyediakan penyata kewangan, rancangan perniagaan, nasihat percukaian, analisis penanda aras, kepatuhan pengurusan dan khidmat perniagaan kepada pelanggan.
Membantu pelanggan di setiap peringkat progres mereka secara tidak langsung membantu kami membina jalinan yang baik sesama mereka. Adalah menjadi kebanggaan firma untuk menyediakan satu platform yang memudahkan pelanggan berkaitan dengan bidang ini dengan kepuasan yang maksima.